Total Pageviews

Monday, May 16, 2011

1998:Anwar kena pecat

anwar mahathir Pemecatan Anwar Ibrahim September 1998. Sah!!!!
Sudah lebih 10 tahun berlaku sejak krisis yang berlaku pada September 1998 di manapemecatan Anwar Ibrahim yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Siapa sangka? Sejak daripada itu, landskap politik di Malaysia terus berubah. Dan hari ini Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan di mana keputusan Tun Dr. Mahathir pada masa itu dalam pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 2 September adalah sah. Ya…SAH!!!!
Pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah. Keputusan ke atas kes pemecatan Anwar Ibrahim itu dicapai sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai raja berperlembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan berkenaan.
Menurut Alauddin, hakim tidak sangsi bahawa perdana menteri telah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan Anwar. Tambahan lagi, katanya, terdapat afidavit oleh pegawai khas Yang di-Pertuan Agong yang tidak mempertikaikan bahawa baginda telah memperkenankan keputusan tersebut.
Tidak mempertikaikannya, tambah Alauddin, (boleh dianggap sebagai) satu pengakuan. Mahkamah kemudiannya menolak permohonan Anwar itu dengan kos. Selain Alauddin, dua panel hakim ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Dalam reaksinya, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak dinasihatkan dan tidak memperkenankan keputusan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalkan pelantikannya itu.
Katanya, Tengku Jaafar (Yang di-Pertuan Agong ketika itu) telah bertemu dengannya di Munich “di mana baginda telah memberitahunya kepada saya”. “Yang di-Pertuan Agong berkata baginda tidak memperkenannya dan sedih dengan pemecatan saya kerana ia tidak dilakukan mengikut perlembagaan,” dakwa Anwar lagi.
“Ia disaksikan oleh Tuanku Najihah dan (isteri Anwar Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail). Jelas ianya adalah satu tindakan yang salah kerana Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan keputusan tersebut tetapi dipaksa berbuat demikian,” dakwa Anwar Ibrahim lagi.
Anwar Ibrahim membandingkan keputusan hari ini dengan kes Perak, yang menetapkan bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak untuk memecat menteri besar “tetapi dalam kes saya, perdana menteri yang mempunyai kuasa tersebut”.
Peguam Karpal Singh berkata, keputusan hari ini menunjukkan yang Dr Mahathir adalah seorang diktator ketika menjadi perdana menteri. Keputusan hari ini dibuat 12 tahun selepas permohonan berkenaan difailkan pada 1998. Ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Disember 1998 tanpa melalui perbicaraan penuh.
Mahkamah Rayuan pula menolak rayuan Anwar pada 25 April 2007, dengan memutuskan bahawa beliau telah dipecat secara sah. Isu ini berpusat kepada surat pemecatan Anwar Ibrahim dari Dr Mahathir bertarikh 2 September 1998. MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment