Total Pageviews

Friday, April 1, 2011

Melayu Sesat!


Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.
Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini bergantung kepada bidang masing-masing. 


Rasul Melayu dihukum penjara
Ketua ajaran sesat atau lebih dikenali sebagai Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi Rabu. Beliau juga telah dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali. Kahar,59, bapa kepada enam orang anak pada 24 September lepas mengaku bersalah di atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor kerana mengisytiharkan dirinya rasul Melayu..

.







Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.
Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa’. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.
Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.
Fatwa:
Oleh yang demikian,untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi
di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:
1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah
palsu,sesat,menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada
ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah
menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran
Ayah Pin tersebut.
Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997
Keterangan :
Antaranya :
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara’,
3. Beliau pernah menyatakan bahawa ” Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril”. Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara’.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara’.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
17.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing bahagian.


       Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

       Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor.Serbuan pada jam 10.15 malam itu (17 Disember 2010) disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

       Fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

        “Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

        Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini. 

Adapun...

        Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah:

i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

iii. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
 
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. 
b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. 
  c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

  i) Kasyf al-AsrarOleh: Ayatullah al-Khomeini 
ii) AI-Hukumah al-IslamiahOleh: Ayatullah al-Khomeini 
iii) Al-Sabah Min al-SalafOleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi 
iv) AI- Usul Min al-KaftOleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H) 
v) Tahrir al- WasilahOleh: Ayatullah al-Khomeini 
vi) Al-MurajaatOleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi 
vii) Peshawar NightsOleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin 
viii) Mafatih al-jittanOleh: Sheikh Abbas al-Qummi 
ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
xi) Al-SahabahOleh: Haidar 
xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

Hatta..
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.
Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:
i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran keIran.
ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah
iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah
iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiahterutama golongan ahli politik.
v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran danpegangan Islam yang sebenar,
contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.
Untuk mengetahui PENYELEWENGAN SYIAH sila rujuk laman di inihttp://www.geocities.com/iinfo.terkini/syiah.htm<http://www.geocities.com/iinfo.terkini/syiah.htm>

Ciri-ciri kesalahan fahaman Syiah

# Menghalalkan nikah mutaah
# Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
# Menolak ijmak ulamak
# Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
# Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
# Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
# Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
# Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
# Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
# Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir 

No comments:

Post a Comment